Thursday, July 15, 2010

Pergi tak kembali


12 July 2010. Bagi orang lain mungkin tarikh ini merupakan hari biasa yang berlalu sama seperti hari hari lain. Tapi tidak bagi aku dan keluarga aku, kerana hari ini adalah hari perginya seorang insan yang amat penting dalam hidup kami sekeluarga. Pergi Papa, tak kembali lagi.

Anak lelaki mmg payah nak mengeluarkan air mata apatah lagi nak tunjukkan sedih pada orang, tapi dalam hati hanya Allah yang tahu. Aku tahu aku kena kuat untuk mama, aku tau sedihnya aku, sedih lagi mama.

Aku terima panggilan dari mama jam 2.45 petang, pelik jugak mama call waktu sebegini. Dengan tangan aku sedang memegang HSM Swift , aku lepaskan sekejap. Takut2 ada panggilan urgent.
Mmg betul. Bukan setakat urgent malah mmg meruntun hati ini. Luluh jiwa aku mendengarnya. Hanya air mata yang menjadi teman seketika.

Aku bersiap segera. Ambik Memey, Balqis dan kemudian Aida. Kami bergerak pulang ke Kuantan. Hati aku masih lagi terasa seakan mimpi. Seolah ia tidak pernah berlaku sebelum nih. Sepanjang perjalanan aku merenung kisah papa. Penuh ranjau perjalanannya, penuh cabaran dan dugaan sebagai seorang ayah.

Setibanya aku jam 8, dah ramai rupanya pakcik makcik di rumah, aku berlari mendapatkan mama. Ku kucup tangan mama dengan penuh kasik sayang. Tiada baris kata yang dapat menggambarkan perasaan ketika itu. Hanya linangan air mata menjadi teman. Aku turun kembali ke bawah . Aku tersedar dari mimpi ku...

Sekujur badan ayah dilitupi kain selimut putih merentangi ruang tamu rumah kami. Di sinilah kami bergurau senda, meminta ampun setiap kali raya, dan disini jugalah aku meminta ampun pada papa buat kali terakhir. Dengan perlahan ku turunkan selimut yang menutpi wajah papa. Wajah yang ku tatap selama 32 tahun.....

Dengan perlahan ku usap dahi papa, kucium pipi papa. Wajah papa cukup tenang ketika itu, cukup bersih dan bercahaya. Senyuman yang terukir di wajah papa menggambarkan segalanya.

Aku berpeluang mandikan papa. Ku jirus air dari cebok dengan perlahan, ku usap rambut papa. mata, telinga, mulut dan wajah papa.

"Bagus nih, orang jaga sembahyang nih" Bisik imam sambil kami memandikan mayat, tenang terasa hati aku mendengar kata imam tersebut.

Aku kapankan papa. Bau kapur barus yang meliputi tubuh papa menusuk ke hidungku. Bau ini cukup untuk mengingatkan aku yang setiap insan yang lahir ke dunia ini pasti menemui mati.

Keranda pun dah sampai , bisik imam

Kami bersama sama mengangkat ayah menuju ke Masjid untuk disolatkan. Abalong, abadik semua ada di sof depan. Bertuah papa, semua anak anak mmg jaga solat. Selepas solat kami usung jenazah ke kubur.

Tanah sedalam 6 kaki itu benar benar menginsarkan aku, terasa gerun akan azab Allah menanti. Aku doakan termasuk di kalangan orang orang yang beriman. Sebaik sahaja, tanah dikambuskan , imam pun sampai. Talqin dibacakan untuk mereka yg masih hidup. peringatan tenang mati.....

Papa,
Terima kasih kerana membesarkan kami adik beradik. Segala kemewahan yang papa curahkan, kami amat amat hargai, papa adalah contoh ayah terbaik pernah ada di dunia ini. Bertuah rasanya aku mendapat ayah seperti papa.

Papa
Kami doakan jasadmu dipelihara Allah, dijauhkan dari azab kubur sehinggalah ketika semua berjumpa kembali di padang Mahsyar.

Papa
Allah itu tuhan yang satu
Muhamad itu pesuruh Allah
Alquran itu kitab petunjuk yang mulia... ingat tu papa.

Papa.... terima kasih atas segalanya.... Walaupun aku tidak sempat membalas semasa Papa hidup, aku janji akan ku kirimkan doa pada Papa setiap masa dan ketika.

15 july 2010.... 15.53