Monday, November 22, 2010


Alhamdulillah, akhirnya jugak aku mengemas bilik komputer aku. Itupun sbb mak aku nak datang dengan adik beradik. Sian pulak derang kang takder bilik nak tuko baju. Walaubagaimanapun aku still menggunakan tektik lama untuk mengemas, "sorok dan tutup. Kiranya dalam laci , almari, semua takleh dibuka , kalau buka sure kantoi free heheh
Posted by Picasa

Tuesday, November 16, 2010

Final Exam Berakhir

Alhamdulillah
Paper final berakhir 8 Nov lepas, bersama dengan beban Microp tak tertanggung lagi. Bila aku dah berada dalam mode sedar, aku baru realize betapa 3 minggu lepas aku study dalam bilik ini... sungguh tak sangka..

Meja study yang tak teratur



Bilik bersepah macam bilik stor



Buku buku berselerakan



Aku perlukan sesuatu.............. :)

Saturday, September 25, 2010

Baiti Jannati





Bagi orang lain mmg menyampah tgk bil lektrik. hehe. Tapi bagi aku inilah pertama kalinya bil lektrik atas nama sendiri. Alhamdulillah, selepas banyak kali cubaan dan dugaan, akhirnya hajat kami sekeluarga untuk memiliki rumah sendiri akhirnya tercapai. Cukuplah dapat tgk bil lektrik jer dulu.




Nih masa tgh bina. ( Dec 2009 )





May 2010





September 2010 ( dari dalam rumah )


Do'a Masuk Rumah

بِسْمِ الله وَلَجْنَا ، وَ بِسْمِ الله خَرَجْنَا وَعَلَى رَبِّنَا تَوَكَلْنَا

"Bismillahi walajnaa wa bismillahi kharajnaa wa-alallaahi rabbina tawak-kalnaa"

Artinya :
Dengan nama Allah kami masuk rumah, dengan nama Allah aku keluar rumah, serta kepada-Nya aku berserah diri

Friday, September 24, 2010

Raya at Zainal's house

Meriah betul raya kat rumah Zainal. Wife dia siap masak ketam masak lemak kegemaran aku, mmg siap untuk melantak smata mata. Terima kasih nal. Ko, mmg sahabat yang best.

Monday, August 23, 2010

Learn to be the best

Alhamdulillah, dalam 2 minggu lepas aku berkesempatan terlibat dengan Program anjuran Uitm , I Hacks. Secara amnya program ini memberi pendedahan kepada pelajar perihal isu sekuriti di alam siber ini.

Aku dijemput menjadi salah sorang panel dalam career talk yang bertajuk "Wanted Security Expert" yang mana moderator bagi talk tersebut dalam Dr Kamarulariffin, salah seorang lecturer Uitm.

Bersama dengan aku adalah Lt Colenel Asmuni Yusof , Head Security Assurance Dept, Cyber Security Malaysia, ditemani oleh En Harme Mohamed yang merupakan Pengarah Director, Security, Trust and Governance Department at Malaysian Communications and Multimedia Commission yang jugak dikenali dengan nama Mcmc.

Alhamdulillah, majlid berjalan dengan lancar. Topic ada sekitar kepada kareer dalam bidang IT Security. Sambutan di kalangan student pun agak menggalakkan.

Hopefully program seperti ini dapat diteruskan di masa depan. Syabas buat semua AJK I Hacks. Jumpa lagi 2012.

Wassalam

Thursday, July 15, 2010

Pergi tak kembali


12 July 2010. Bagi orang lain mungkin tarikh ini merupakan hari biasa yang berlalu sama seperti hari hari lain. Tapi tidak bagi aku dan keluarga aku, kerana hari ini adalah hari perginya seorang insan yang amat penting dalam hidup kami sekeluarga. Pergi Papa, tak kembali lagi.

Anak lelaki mmg payah nak mengeluarkan air mata apatah lagi nak tunjukkan sedih pada orang, tapi dalam hati hanya Allah yang tahu. Aku tahu aku kena kuat untuk mama, aku tau sedihnya aku, sedih lagi mama.

Aku terima panggilan dari mama jam 2.45 petang, pelik jugak mama call waktu sebegini. Dengan tangan aku sedang memegang HSM Swift , aku lepaskan sekejap. Takut2 ada panggilan urgent.
Mmg betul. Bukan setakat urgent malah mmg meruntun hati ini. Luluh jiwa aku mendengarnya. Hanya air mata yang menjadi teman seketika.

Aku bersiap segera. Ambik Memey, Balqis dan kemudian Aida. Kami bergerak pulang ke Kuantan. Hati aku masih lagi terasa seakan mimpi. Seolah ia tidak pernah berlaku sebelum nih. Sepanjang perjalanan aku merenung kisah papa. Penuh ranjau perjalanannya, penuh cabaran dan dugaan sebagai seorang ayah.

Setibanya aku jam 8, dah ramai rupanya pakcik makcik di rumah, aku berlari mendapatkan mama. Ku kucup tangan mama dengan penuh kasik sayang. Tiada baris kata yang dapat menggambarkan perasaan ketika itu. Hanya linangan air mata menjadi teman. Aku turun kembali ke bawah . Aku tersedar dari mimpi ku...

Sekujur badan ayah dilitupi kain selimut putih merentangi ruang tamu rumah kami. Di sinilah kami bergurau senda, meminta ampun setiap kali raya, dan disini jugalah aku meminta ampun pada papa buat kali terakhir. Dengan perlahan ku turunkan selimut yang menutpi wajah papa. Wajah yang ku tatap selama 32 tahun.....

Dengan perlahan ku usap dahi papa, kucium pipi papa. Wajah papa cukup tenang ketika itu, cukup bersih dan bercahaya. Senyuman yang terukir di wajah papa menggambarkan segalanya.

Aku berpeluang mandikan papa. Ku jirus air dari cebok dengan perlahan, ku usap rambut papa. mata, telinga, mulut dan wajah papa.

"Bagus nih, orang jaga sembahyang nih" Bisik imam sambil kami memandikan mayat, tenang terasa hati aku mendengar kata imam tersebut.

Aku kapankan papa. Bau kapur barus yang meliputi tubuh papa menusuk ke hidungku. Bau ini cukup untuk mengingatkan aku yang setiap insan yang lahir ke dunia ini pasti menemui mati.

Keranda pun dah sampai , bisik imam

Kami bersama sama mengangkat ayah menuju ke Masjid untuk disolatkan. Abalong, abadik semua ada di sof depan. Bertuah papa, semua anak anak mmg jaga solat. Selepas solat kami usung jenazah ke kubur.

Tanah sedalam 6 kaki itu benar benar menginsarkan aku, terasa gerun akan azab Allah menanti. Aku doakan termasuk di kalangan orang orang yang beriman. Sebaik sahaja, tanah dikambuskan , imam pun sampai. Talqin dibacakan untuk mereka yg masih hidup. peringatan tenang mati.....

Papa,
Terima kasih kerana membesarkan kami adik beradik. Segala kemewahan yang papa curahkan, kami amat amat hargai, papa adalah contoh ayah terbaik pernah ada di dunia ini. Bertuah rasanya aku mendapat ayah seperti papa.

Papa
Kami doakan jasadmu dipelihara Allah, dijauhkan dari azab kubur sehinggalah ketika semua berjumpa kembali di padang Mahsyar.

Papa
Allah itu tuhan yang satu
Muhamad itu pesuruh Allah
Alquran itu kitab petunjuk yang mulia... ingat tu papa.

Papa.... terima kasih atas segalanya.... Walaupun aku tidak sempat membalas semasa Papa hidup, aku janji akan ku kirimkan doa pada Papa setiap masa dan ketika.

15 july 2010.... 15.53

Saturday, June 12, 2010

Result exam dah keluar


Alhamdulillah segala puji bagi Allah, tuhan sekalian alam. Hari nih result exam final keluar. Tiada perkataan lain yang lebih indah dari "Segala Puji bagi Allah tuhan sekelian alam...

Ameen

Sunday, May 16, 2010

Meeting Bimbing

Mesyuarat AGM , Badan Kebajikan Kakitangan Bank Islam yang ke 25.

Tuesday, May 11, 2010

Happy family

Love means taking care each other, love means caring, love means you always there when they need you. Love is loving....

Saturday, May 01, 2010

Exam berakhir

Selepas bertungkus lumus, 2 minggu berturut2, akhirnya final exam aku berakhir semalam dgn penuh kepuasan. Paper itt420 mmg cun abis. Thanks Pn ADORA atas tips last minute!

Monday, April 12, 2010

Stress, Demam

Exam berpanjangan, direct seminggu. Aku terus flat. Tak larat. Nak push dah tak boleh. Keinginan tinggi tapi bdn dah tak larat. Ya Allah, kuatkan semangat ku utk menempuh cabaran ini. Ameen

Friday, April 09, 2010

Kembar tak seiras

Tiga2 ni adik aku, amy, mia dan anum. Walaupun nama adik beradik tapi muka langsung tak seiras hehe

Exam, exam, exam

Beginilah keadaan bila dah jadi student balek. Berselerak buku2, nota kat atas meja. Semoga exam kali ini aku ada kekuatan untuk menghadapinya. Dah tua dah rasanya. Ya ALLAH YA TUHANKU, berilah kejayaan pada rakan seperjuangan ku hari ini dan sepanjang minggu exam ini.

Monday, April 05, 2010

Francis busy

Francis busy doing apps connectivity

Sunday, April 04, 2010

Surau Plus

Aku dah lama tak ke belah2 utara. Baru2 ni aku berkesempatan ke Kedah atas urusan kerja. Aku tertarik atas usaha Plus utk menyediakan perkhidmatan terbaik utk pelanggannya. Gambar di atas adalah surau baru di R & R Juru. Selain dari kemas, bersih dan teratur, surau baru ni mmg ckp selesa utk kita beribadah. Tahniah buat Plus!!

test

Test.a