Friday, October 31, 2008

Sleeping Beauty

Aku bwk family aku gi makan kat MSI, Mutiara Damansara. Sesampai je kat kedai, Balqis tido laks. Lena betul dia tido. Nasib baik restoran tu makan bersila, dptlah baby tido dgn lenanya.

Thursday, October 30, 2008

Bank Islam @ Tabung Haji

Bank Islam ni kat dlm kawasan Tabung Haji Kelana Jaya. Aku dimaklumkan cwgn ini adalah untuk bakal haji tukar rm kepada riyal.

Wednesday, October 29, 2008

Tabung Haji

Menunaikan Haji adalah pelengkat pakej utk menjadi seorang muslim. Rukun Islam menetapkan pemergian haji jika mampu. Di Malaysia pengurusan jemaah haji dibawah Tabung Haji. Alhamdulillah, aku berkesempatan membuka akaun tabung haji di Kelana Jaya tghari tadi. Ramai gak org. Ada 28 org kena tggu. Dlm kul 2.40 semua urusan selesai. Aku berdoa dlm masa 5 tahun lagi Allah menjemput aku ke sana.

Monday, October 27, 2008

Pizza Hut

Isnin dpat cuti, bestnya. Dari pagi aku lepak satu family layan astro. Nasi rumah Mior smlm buat sarapan. Kul 3, masing2 dah lapar. Aku terus ajak semua layan Pizza. Seronok tul balqis dapat duduk kat kusi baby. Terpancar keriaan di wajah anak aku ni. Semenjak baik demam hari tu Balqis mmg ceria je.

Sunday, October 26, 2008

Keikhlasan Teserlah

Hari raya mmg satu keistimewaan umat Islam. Di hari ini kita merapatkan silaturrahim sesama muslim. Kunjungan kami ke rumah rakan, En.Mior memberi gambaran yg berbeza ttg rumah terbuka.
Kunjungan kami dihidangkan dgn lontong, satey, nasik dagang, nasi minyak, udang bakar, kek kurma, kek lapis, ketupat, nasik impit, ayam goreng bla bla. Tapi percayakah anda semua dimasak oleh Kak Wahida dan En.Mior berdua? Perghh mmg hebat. Tayah maid.
Sikap yg ditunjukkan ini menggambarkan kesungguhan mereka mengadakan rumah terbuka... Syabas tuan!

Pelik

Adik aku masih kebingungan macamana aku boleh send blog pakai handphone.

Nasi Kerabu Raya @ Putrajaya

Beraya kat Putrajaya mmg best. Makan nasik kerabu mama. Perggh bertambah aku makan nasi. Nasi putih, ulam, sambal dan daging masak madu. Aku rasa ni lah nasik kerabu paling best. Thanks mama!

Mama pulang

Abis sccm kul 7 pagi terus ke Puduraya hantar mak mertua balek ke KotaTinggi.
Smpai ke Puduraya aku dapati ada perubahan yg amat ketara. Selain dicat dgn warna baru, disetiap terminal disediakan kipas/blower yg amat besar. Cukup selesa, cam kat airport. Tapi, bila agaknya Plaza Rakyat nak siap ek.

Sccm Project

Sccm lagi.. Kena kerja lagi dari kul 12 smpai 8 pagi. Mata dah berpinar. Bini kat rumah pun dah mengeluh. Malam je ilang hehe. Hopefully project ni blh delivered on time.!

Saturday, October 25, 2008

Laksa penang @ Bkt Serdang

Laksa, kat rumah Ameen. Tgh2 lapar dihidangkan laksa penang mmg best. Tambah laks dgn bawang, telor , timun dan kuah panas. Pergh mmg best. Diikuti dgn perbincangan tanah bini aku.

Beraya di Serdang

Setelah 2 tahun tak jumpa, kami sekeluarga berkunjung ke rumah kak z. Rumah akak angkat sera. Teserlah keceriaan kak z dan anak2.

blog 6120c

Kadang2 ada byk peristiwa yg berlaku dlm hidup kita, tapi takda sapa nak memorykan nya. So semenjak aku smbr hp nokia 6120c ni, sekali ngan line celcom broadband rm90/month aku rasa smpai masanya aku menulis pendapat aku sendiri. Diari aku sendiri. Dzuka9